Alasan Virgil van Dijk dalam pasca perlawanan Piala Dunia 2026 menentang Paraguay semalam hanya memakan diri.
Strategi bertahan skuad Oranje itu sebaik mendahului melalui jaringan Cody Gakpo hanya memakan diri apabila membenarkan kebangkitan Maghribi, yang membawa kpada kegagalan penentuan sepakan penalti dalam pusingan 16 itu.
Belanda hanya menguasai 21 peratus dalam babak kedua, lebih-lebih lagi sejurus memecah kebuntuan perlawanan pada minit ke-72, hanya untuk membenarkan Issa Diop menyamakan kedudukan 1-1 dalam masa kecederaan.
"Satu perlawanan yang sengit. Pertahanan kami cukup teratur. Pihak lawan secara dasarnya tidak menemui ruang untuk menembusi kami
"Jadi sudah tentulah taktikal kami menjadi.
"Kami menyumbat satu gol yang menarik," katanya yang tidak mengambil bahagian dalam penentuan sepakan penalti itu.
Antara luahan penyokong di laman sosial berbunyi: "Benar Virgil, pendekatan perlawanan anda sangat berjaya! Anda dapat mencatat keputusan seri selepas bertahan selama 90 minit, dibolosi selepas mendahului 1-0, kemudian gagal dalam tiga tendang penalti. Kemajuan yang baik!"
Media De Telegraaf pula menganggap karier ketua pasukan itu bersama pasukan kebangsaan seharusnya sudah tertutup dan strategi barisan kendalian Ronald Koeman tersebut semata-mata untuk menampung kelemahan Van Dijk.