Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Tahukah anda, pengadil aksi England-Croatia pernah ada sejarah dengan Tuchel?

pengadil

Pemain England akan menatap wajah yang cukup dikenali apabila menentang Croatia dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2026 di Dallas awal pagi nanti.

Perlawanan pertama The Three Lions itu akan diadili oleh pengadil berpengalaman dari Perancis, Clement Turpin, yang sebelum ini mengendalikan kemenangan besar 5-0 England dalam pusingan kelayakan di Serbia -- yang dianggap secara meluas sebagai persembahan terbaik mereka sejak Thomas Tuchel mengambil alih jawatan pengurus.

Sebelum kemenangan besar itu pada September lalu, Turpin pernah mengadili perlawanan hambar England, yang berakhir 0-0 menentang Slovenia dalam peringkat kumpulan Euro 2024.

Kehadiran pengadil itu mungkin mengimbau kenangan pahit bagi sebahagian pemain Tuchel, memandangkan Turpin juga adalah pengadil utama dalam perlawanan Akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2022, di mana Liverpool tewas 0-1 kepada Real Madrid.

Pemain England, Jordan Henderson, diturunkan sebagai kesebelasan utama di Paris pada malam itu.

Marcus Rashford dan Dean Henderson pula berada dalam skuad Manchester United ketika mereka tewas kepada Villarreal dalam perlawanan akhir Liga Europa (UEL) 2021, satu lagi perlawanan yang dikendalikan oleh Turpin.

Rashford bermain sebagai kesebelasan utama United dan menjaringkan gol dalam penentuan sepakan penalti, yang berakhir dengan kekalahan 11-10. Henderson berada di bangku pemain simpanan.

Bos Three Lions, Tuchel, juga pernah bertelingkah dengan Turpin sebelum ini.

Pengadil itu melayangkan kad merah kepada Tuchel pada April 2023 -- ketika pengurus berkenaan mengendalikan Bayern Munich -- selepas Turpin memberikan sepakan penalti lewat kepada Manchester City.

Selepas perlawanan berkenaan, Tuchel berkata: "Saya memberikannya rating 6 (gred paling buruk)."

Ada juga yang bergurau bahawa pengadil itu kelihatan biasa dilihat atas sebab yang berbeza, memandangkan wajahnya yang dikatakan seiras dengan bintang Belgium dan Arsenal, Leandro Trossard.

Turpin akan mengetuai pasukan pengadil yang kesemuanya dari Perancis, manakala pegawai keempat dan pembantu pengadil simpanan pula berasal dari Mexico.

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

Must Watch Video