Pengendali baharu Portugal, Jorge Jesus, menegaskan tidak bercadang untuk merombak pasukan menjelang Liga Negara-Negara Eropah (UNL) yang akan berlangsung pada September depan.
Bekas jurulatih Al-Nassr itu menandatangani perjanjian selama empat tahun sehingga Piala Dunia 2030 selepas menggantikan pemergian Roberto Martinez yang gagal membawa Portugal mara lebih jauh dalam Piala Dunia 2026 baru-baru ini.
"Saya tak bodoh.
"Saya tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membawa masuk beberapa pemain baharu atau yang tidak dipanggil sebelum ini.
🇵🇹🗣️Jorge Jesus:
"The biggest goal is the 2030 World Cup in Portugal, and that's also my goal.
I feel very proud to coach my national team, but the fact that the 2030 World Cup will be held in Portugal was also on the horizon.
And to dream of achieving something great there.… pic.twitter.com/2GlQO8p2hb— The Nassr Tribune™️ (@AlNassrTribune) July 20, 2026
"Dalam tempoh empat tahun akan datang, pemain baharu pasti akan muncul tetapi ia tidak akan jauh berbeza daripada mereka yang dipanggil untuk Piala Dunia 2026," katanya.
Juara Euro 2016 itu dalam misi mengulangi pencapaian untuk meraih gelaran ketiga UNL kali ini.
Dalam perkembangan lain, jurulatih berusia 71 tahun itu berkongsi dalam satu temu bual bahawa dia hampir menerajui pasukan kebangsaan Brazil, namun memilik untuk tidak mengambil jawatan itu sebelum Carlo Ancelotti menjawat posisi itu.