Perang psikologi berjaya?
Mexico mengikuti jejak langkah Kanada sebagai tuan rumah bersama layak ke pusingan 16 terbaik selepas menewaskan Ecuador di tempat sendiri sebentar tadi.
Dua rembatan padu oleh Julian Quinones dan Raul Jimenez menghadiahkan kemenangan 2-0 buat negara kesembilan dunia itu meskipun diberi tentangan hebat oleh pihak lawan.
Mexico are through to the Round of 16 after a 2-0 win over Ecuador 🤩
For the first time in 40 years, they reach ‘el quinto partido’, the fifth game of a World Cup. pic.twitter.com/FFuANyX0Np— B/R Football (@brfootball) July 1, 2026
Sebelum permainan berlangsung, Ecuador yang terpaksa bertarung dengan malam yang panjang akibat gangguan daripada peminat tempatan yang mengganggu ketenteraman mereka di hotel ekoran bunyi bising sememangnya memberi impak besar buat pasukan.
Tahukah anda? El Tricolor mencipta sejarah mara ke perlawanan kelima mereka dalam Piala Dunia buat kali pertama selepas 40 tahun.
Mexico dijangka bertemu England atau Congo pada aksi seterusnya.