Bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Park Jun-heong, sah mengucapkan selamat tinggal kepada kelab itu selepas dua musim bersama.
Pertahanan kelahiran Korea Selatan itu berkongsi satu hantaran di Instagram dengan penghargaan tertinggi buat Harimau Selatan dan pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Malah, transfermarkt juga memaparkan kontrak bersama skuad kendalian Xisco Munoz itu berakhir tepat 30 Jun (semalam).
Sepanjang tempoh beraksi, tonggak berusia 33 tahun itu merekodkan 39 penampilan dengan mencatatkan lapan bantuan gol.
Setakat ini, tiada khabar angin sahih tentang ke manakah destinasinya selepas ini.
Sebelum ini, Heberty Fernandes turut meninggalkan Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sambil Teto Martin masih berteka-teki dengan statusnya bersama gergasi Liga Super itu.