Bekas pertahanan Sepanyol, Joan Capdevila, meminta bantuan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, untuk memasuki tuan rumah bersama itu bagi menyaksikan Sepanyol berdepan Argentina dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2026.
Capdevila, disekat daripada memasuki AS selama sedekad kerana pernah beraksi dalam satu perlawanan pertunjukan di Iran.
Pada 2010, Capdevila membantu Sepanyol memenangi gelaran sulung Piala Dunia dan dia juga merupakan anggota skuad yang mendominasi Kejohanan Euro 2008.
Begitupun, Capdevilla -- yang khuatir sekiranya terlepas perlawanan akhir awal pagi esok -- lantas menghubungi Trump dalam satu catatan di X, dengan mengatakan permohonannya untuk kemasukan tanpa visa melalui Sistem Elektronik untuk Kebenaran Perjalanan (ESTA) negara itu telah ditolak.
"SAYA PERLUKAN BANTUAN @realDonaldTrump!" siarnya di X sambil menambah bahawa permohonannya telah ditolak.
Capdevila juga menghantar mesej berasingan kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, selain turut membabitkan Kementerian Sukan Kerajaan Sepanyol dalam catatannya.
Capdevila, 48, menyatakan hasrat untuk berada di New Jersey "bersama semua rakan sepasukannya pada 2010" demi memberi sokongan kepada skuad Sepanyol ketika ini.
Sepuluh tahun lalu, Capdevila merupakan sebahagian daripada pasukan pertunjukan legenda LaLiga Sepanyol, yang hadir menentang pasukan bintang Iran di Tehran.
Jabatan Negara AS membenarkan pelancong dari negara "pengecualian visa" untuk masuk dengan ESTA.
Namun, peraturan program tersebut menyatakan bahawa pelancong tidak layak untuk ESTA -- salah satunya ialah jika mereka pernah pergi ke Iran selepas 1 Mac 2011 -- justeru mereka "wajib mendapatkan visa sebelum ke AS: