Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia: England kebuntuan gol diikat Ghana

england

England buntu mencari kemenangan kedua dalam kempen Piala Dunia 2026 apabila terikat tanpa jaringan dengan Ghana dalam aksi Kumpulan L di Stadium Boston sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan itu meraih kemenangan dalam aksi pertama, di mana England menewaskan Croatia 4-2 manakala Ghana pula menang tipis 1-0 ke atas Panama.

The Three Lions menguasai 78 peratus penguasaan bola sepanjang babak pertama tetapi tiada percubaan yang benar-benar bahaya dapat dilakukan ke arah kubu Ghana.

Peluang terbaik Ghana hadir pada minit ke-50 menerusi percubaan Marvin Senaya sebelum England memberikan reaksi balas pada minit ke-57 dengan percubaan Anthony Gordon, yang diselamatkan penjaga gol, Benjamin Asare.

Asare kemudian mendakap mudah percubaan Harry Kane berselang dua minit dan England kemudian melakukan asakan bertali arus ke gawang Ghana menuju ke penghujung saingan tetapi tiada sebarang gol terhasil.

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

Must Watch Video