Berikutan konflik Amerika Syarikat (AS) dan Irandi Asia Barat ketika ini, Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill, dalam satu sidang media semalam, mengesahkan Iran tidak akan menyertai pusingan terakhir Piala Dunia Berbasikal Trek UCI di Velodrom Nilai hujung bulan ini.
Situasi tegang sememangnya menyukarkan pergerakan keluar-masuk atlet serta pegawai Iran tetapi usaha komunikasi dua hala sebelum ini menghadirkan makluman positif yang mereka kini berada dalam keadaan selamat.
Advertisement
Sehubungan itu, selaku Presiden Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) Amarjit menjelaskan badan induk itu sedia membantu pasukan kebangsaan Iran untuk membangunkan semula sukan berbasikal selepas tamat konflik berkenaan.
"ACC sudah pasti akan membantu Iran," katanya kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf.
"Sebagai Presiden ACC, kami telah membincangkan dalam mesyuarat ACC bahawa kami akan memberikan satu sumbangan untuk membantu Persatuan Berbasikal Iran untuk membina semula (sukan berbasikal di sanam).
"Saya juga akan membawa perkara ini ke pihak UCI (Kesatuan Berbasikal Antarabangsa) agar mereka dapat membantu tetapi kita perlu menunggu sehingga perang ini tamat terlebih dahulu."