Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA Inggeris: Sepakan 'panenka' Outtara makan diri, West Ham mara ke suku akhir

WEST

Ham United meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir Piala FA Inggeris 2025/26 selepas menewaskan Brentford 5-3 dalam perlawanan pusinga kelima menerusi penentuan sepakan penalti di London, awal pagi tadi.

Dua gol Jarrod Bowen dan Igor Thiago untuk pasukan masing-masing memastikan kedua-dua mereka terikat 2-2 dalam 90 minit tempoh perlawanan untuk membawa aksi sengit itu ke masa tambahan namun tiada sebarang tambahan jaringan hingga ke penentuan sepakan penalti.

Advertisement

 

 

 

 

 

Sepakan penentuan kedua gagal disempurnakan penyerang Brentford, Dango Outtara, yang melakukan sepakan 'panenka' apabila berjaya diselamatkan penjaga gol West Ham, Alphonse Areola, sebelum penalti terakhir yang disempurnakan Konstantinos Mavropanos menjadi detik kemenangan untuk membawa West Ham mara ke suku akhir.

 

Aksi suku akhir lain:

Manchester City vs Liverpool
Chelsea vs Port Vale
Southampton vs Arsenal

Must Watch Video