Skuad bola sepak negara mendahului Laos 1-0 selepas separuh masa aksi kedua peringkat kumpulan Piala Hyundai ASEAN di Stadium Kuala Lumpur, Cheras ketika ini.
Ketua pasukan, Paulo Josue, terus mempamerkan ketajamannya apabila menolak masuk bola tolakan G. Pavithran pada minit terakhir sebelum ke bilik persalinan.
Sebagai rekod, Josue turut menjaringkan dua gol ketika Harimau Malaya menewaskan Myanmar 2-0 di Yangon pada Sabtu lalu.