Nasib Indonesia juga bagai nyawa di hujung tanduk.
Tiga pasukan sah mengucapkan selamat tinggal kepada kempen Piala Hyundai ASEAN apabila gagal mara ke separuh akhir tatkala pungutan mata dan kekalahan mematahkan hasrat untuk mencipta sensasi.
Setakat ini, Timor-Leste dan Laos tersingkir, sambil menduduki tempat terakhir dalam kumpulan masing-masing. Kedua-dua negara tidak berjaya mengutip sebarang mata dan mencatatkan kekalahan berturut-turut.
Timor-Leste sudah melengkapkan empat perlawanan, sementara Laos akan bertemu Myanmar di tempat lawan hari ini.
Meskipun memiliki tiga mata dalam Kumpulan A, namun Kemboja tetap pulang awal walaupun apa sahaja keputusan menjelang aksi terakhir mereka. Ini kerana, meskipun Kemboja mencipta kejutan meraih kemenangan, ia tetap tidak membawa mereka ke pusingan seterusnya kerana gagal mencabar dua kedudukan teratas.
🇻🇳 Vietnam’s triumph over Indonesia sets up an exciting Group Stage Finale 🍿#ASEANHyundaiCup #ASEANChampionship #ASEANUtdFC pic.twitter.com/EmXCeeS3ap
— ASEAN United FC (@aseanutdfc) August 3, 2026
Pasukan ke-175 dunia itu akan bertemu juara bertahan, Vietnam, pada Jumaat ini.
Perebutan ke peringkat kalah mati masih lagi terbuka. Sang Garuda berdepan misi getir apabila dijadual bertemu juara empat kali kejohanan itu, Singapura, dengan kemenangan sahaja akan menjamin peluang untuk mara. Ia, susulan gergasi Asia Tenggara (ASEAN) itu mengalami kekalahan pertama di tangan Vietnam di tempat sendiri.
Sementara Harimau Malaya hanya memerlukan keputusan seri untuk menempah tiket ke separuh akhir.