Skip to main content

Komanwel

Rasmi Glasgow 2026: Sejarah! Pingat bonus tamatkan penantian 24 tahun negara

CWG

Kem boling padang negara tidak melepaskan peluang untuk menjadi penyumbang kilauan pingat Kontinjen Malaysia dalam Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Sejarah tercipta menerusi acara para menyaksikan Norazian Daud-Jariah Zakari menewaskan wakil tuan rumah, Mary Wilson-Pauline Wilson, dalam penentuan pingat gangsa kategori pairs wanita B6-B8, sekali gus menamatkan penantian 24 tahun!

Pencapaian itu dianggap bonus kemenangan dalam kem boling padang kebangsaan yang kembali meraih pingat buat skuad para sejak kali terakhir pada edisi 2002 di Manchester.

Terdahulu, Amirul Danial Abdul Rahim-Mohammad Soufi Rusli meraih gangsa dalam acara pairs lelaki sementara dua lagi pingat perak masing-masing menerusi bekas pemain nombor satu dunia,  Izzat Shameer Dzulkeple, dalam acara perseorangan lelaki.

Dia, merupakan pemain Malaysia pertama memenangi pingat dalam sukan dan acara tersebut.

Tidak dilupakan, Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman bersama gandingannya, Aleena Ahmad Nawawi, juga menghadiahkan pingat perak dalam acara pairs wanita di Scottish Event Campus (SEC).
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video