Hari terakhir temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026 menyaksikan kontinjen negara ketika ini sudah mengumpul lapan pingat emas sekali gus mengatasi rekod edisi lalu dengan tujuh pingat emas.
Malaysia ketika ini berada di kedudukan ke-10 dengan lapan emas, tiga perak dan lima gangsa menjadikan 16 jumlah keseluruhan pingat.
Berada di kedudukan 10 terbaik di belakang negara-negara hebat seperti Wales, New Zealand mahupun pendahulu, Australia, bukan sahaja pencapaian menakjubkan malah, menepati ramalan mencapai sasaran melebihi lima pingat emas yang ditetapkan.
The final Medal Table 🥇🥈🥉#Glasgow2026 pic.twitter.com/3fl2BKKXkl
— Glasgow 2026 (@Glasgow_2026) August 2, 2026
Pingat emas:
1. Aniq Kasdan (angat berat)
2. Aznil Bidin (angat berat)
3. Erry Hidayat (angat berat)
4. Hafizuddin Roslin (angat berat)
5. Syahmi Nor Ghazali (angat berat)
6. Datuk Abdul Latif Romly (lompat jauh)
7. Datuk Azizuhasni Awang (berbasikal keirin)
8. Amir Daniel Abdul Majeed (judo)
Pingat perak:
1. Izzat Shameer Dzulkeple (boling padang)
2. Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman-Aleena Ahmad Nawawi (boling padang)
3. Nor Aqilah Farhana (angkat berat)
Pingat gangsa:
1. Bonnie Bunyau Gustin (angkat berat)
2. Irene Jane Henry (angkat berat)
3. Norazian Daud-Jariah Zakari (boling padang)
4. Amirul Daniel Abdul Rahim-Mohammad Soufi Rusli (boling padang)
5. Eljoe Gotuoh (lompat jauh)
Tahniah Malaysia!
Kita jumpa di Ahmedabad, India untuk edisi Sukan Komanwel 2030!