Turun sebagai pasukan pilihan, namun Indonesia berputih mata tewas 0-3 di tangan Vietnam dalam perlawanan Kumpulan A Piala Hyundai ASEAN di Stadium Pakansari, Bogor malam tadi.
Dibarisi dengan gabungan pemain warisan dan tempatan, tuan rumah gagal mengekang kualiti juara bertahan, sekali gus bagai nyawa di hujung tanduk apabila Indonesia diambang penyingkiran dalam kejohanan berprestij itu.
Sang Garuda berdepan misi getir apabila dijadual bertemu juara empat kali kejohanan itu, Singapura, dengan kemenangan sahaja akan menjamin peluang untuk mara.
Sorotan aksi:
Vietnam put on a champions' performance to hand hosts Indonesia a 3-0 defeat 🤩💪
Match Recap 🔗 https://t.co/7JGS2ucY0j #ASEANHyundaiCup #ASEANChampionship #ASEANUtdFC pic.twitter.com/eBrDej9kTm— ASEAN United FC (@aseanutdfc) August 3, 2026