Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Ultras digantung, Kim Pan-gon seru penyokong Selangor banjiri stadium

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kim pan gon

Ketua jurulatih Selangor, Kim Pan-gon, menyeru segenap penyokong Selangor untuk membanjiri Stadium Petaling Jaya menjelang aksi suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan malam esok.

Biarpun tanpa kehadiran Ultras Selangor, yang masih digantung daripada hadir ke stadium sehingga 22 Februari ini, bekas pengendali Harimau Malaya itu percaya anak buahnya masih mampu untuk melebarkan kelebihan agregat 1-0 yang dibawa daripada aksi pertama di Paroi hujung minggu lalu.

Advertisement

"Perlawanan di laman sendiri ini, semua orang pasti tahu, termasuk penyokong Gergasi Merah, tentang betapa pentingnya untuk mendapatkan kemenangan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

"Pemain, penonton, penyokong, semuanya perlu bersatu hati kerana hanya itu akan membawa kita kepada kejayaan.

"Kepada semua Red Giants, mohon datang ke stadium esok untuk memberikan sokongan dan kami akan menggunakan sokongan itu untuk memberikan kemenangan buat anda malam esok."

 

Must Watch Video