Skip to main content

Bola Sepak

Piala Super Perancis: PSG bangkit punahkan harapan Marseille

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

 Piala Super Perancis

PSG 2 MARSEILLE 2 
(PSG menang penentuan sepakan penalti 4-1)

Paris St-Germain (PSG) memerlukan gol penyamaan pada masa kecederaan dan penentuan sepakan penalti untuk mengenepikan Marseille memenangi Piala Super Perancis buat kali keempat berturut-turut.

Advertisement

Juara bertahan Liga Juara-Juara (UCL) itu kelihatan seperti sedang menuju kemenangan dalam perlawanan di antara pemenang Ligue 1 dan Coupe de France tersebut selepas mendahului menerusi jaringan Ousmane Dembele.

Begitupun, Marseille meledak dua gol lewat untuk mendahului dalam aksi yang berlangsung di Kuwait itu apabila Mason Greenwood menyempurnakan sepakan penalti sementara Willian Pacho menjaringkan gol sendiri.

Namun, Goncalo Ramos muncul penyelamat apabila menyamakan kedudukan pada saat-saat akhir untuk menghantar perlawanan ke penentuan sepakan penalti dan penjaga gol PSG, Lucas Chevalier, cemerlang menyelamatkan tendangan Matt O'Riley dan Hamed Traore.

Ramos, Vitinha, Nuno Mendes dan Desire Doue pula menyempurnakan tugasan buat PSG dalam situasi itu bagi memastikan kemenangan 4-1.
 

Topik Berkaitan

Must Watch Video