Skip to main content

Badminton

Piala Thomas: Lee Zii Jia tetap mahu bantu kem negara

LZJ

Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, menjadikan tempoh latihan selama dua minggu bersama skuad kebangsaan sebagai tonik terbaik bagi mendapatkan kecergasannya yang baru mencapai 70 peratus menjelang saingan Piala Thomas di Denmark, bermula esok.

Ini merupakan kali pertama juara seluruh England 2021 itu diletakkan selaku perseorangan ketiga selepas kejatuhan ranking ekoran siri kecederaan yang dialaminya.

Advertisement

Sasaran juara edisi ke-34 diletakkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sedikit sebanyak memberi tekanan positif yang melonjakkan semangat pemain negara.

"Secara tidak langsung ia menjadi tekanan yang berbeza buat saya.

"Terdapat beberapa perlawanan berintensiti tinggi.

"Saya bersyukur tiada kecederaan lain dan saya berharap semuanya baik-baik sahaja," katanya.

Must Watch Video