Kem Piala Uber negara menemui kekalahan pertama Kumpulan B musim ini apabila tewas kepada pasukan Jepun yang berkesudahan 1-4 Forum Horsens, Denmark, semalam.
Selepas sah melayakkan diri ke suku akhir buat kali pertama sejak 2010, cabaran sebenar menanti pasukan wanita negara usai menewaskan Turkiye dan Afrika Selatan.
Advertisement
Permulaan meyakinkan daripada perseorangan kebangsaa, K. Letshanaa, apabila mengekori rapat jaguh Matahari Terbit itu, namun Akane Yamaguchi lebih mengungguli permainan dan meraih mata pertama 19-21, 17-21.
๐ธ ๐จ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐๐๐ฝ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ โ ๐๐๐บ๐ฝ. ๐
๐ฒ๐พ ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ 1 - 4 ๐๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ต
Goh Jin Wei terpaksa meninggalkan perlawanan di set kedua selepas mengalami masalah kekejangan di bahagian perut yang menyaksikan perlawanan itu tamat 21-19, 3-4.#UberCup2026 pic.twitter.com/IeWtLMqcn2โ Astro Arena ๐ฒ๐พ (@ASTROARENA) April 27, 2026
Hajat kem negara untuk menyamakan kedudukan tidak kesampaian tatkala gandingan Ong Xin Yee-M. Thinaah akur kepada beregu wanita nombor enam dunia, sekali gus tewas 9-21, 9-21.
Dan, Jepun meyempurnakan kemenangan 3-0 susulan Tomoka Miyazaki menundukkan bakal permata baru negara, Wong Ling Ching, dengan straight set 21-16, 21-13 untuk bergelar juara Kumpulan B.
Di sebalik kekalahan berturut-turut wakil negara, muncul gandingan kedua wanita Malaysia mencuri tumpuan apabila turun selaku status bukan pilihan, tetapi mengejutkan gandingan nombor tujuh dunia.
#UberCup2026 | Group B (WD2) #MAS ๐ฒ๐พ 1-3 #JPN ๐ฏ๐ต
Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan def. Rin Iwanaga-Kie Nakanishi 21-17, 12-21, 21-19
โฑ๏ธ 1h 4m
*Zi YuโAqilah shock the World No. 7 Japanese pair in a brilliant upset.#GemilangkanLagi#BadmintonMalaysia#DemiMalaysia pic.twitter.com/LrYccnQ4FHโ BAM (@BA_Malaysia) April 27, 2026
Persembahan luar biasa itu mendapat perhatian peminat kerana tidak berputus asa mengheret Rin Iwanaga-Kie Nakanishi ke set penentuan sebelum menoktahkan satu-satunya kemenangan menentang Jepun 21-17, 12-21, 21-19 untuk kedudukan 1-3.
Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan masing-masing baru berusia 18 dan 15 tahun memberi nafas baharu seterusnya menjadi prospek sektor tersebut.
Memasuki aksi terakhir berpasukan, Goh Jin Wei hampir memberikan kemenangan kedua selepas mendahului set pertama 21-19, namun terpaksa menarik diri pada set kedua ekoran kekejangan otot di perut.
Persoalan siapakah lawan Malaysia di peringkat kalah mati akan terjawab nanti.
Kredit gambar: Jurukamera Astro Arena, Shahir Othman.