Skip to main content

Berita Sukan Am

Projek Ramadan: KBS tidak akan pinggir bekas atlet -- Menteri

dr taufiq

"Kami tidak akan pinggirkan bekas atlet," kata Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohd Taufiq Johari, selepas menyantuni bekas atlet negara dalam Majlis Projek Ramadan 2026 anjuran Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).

Projek Ramadan menghulurkan bantuan Hari Raya Aidilfitri kepada 50 bekas atlet, 10 cenderahati kepada atlet legenda dan bantuan khas kepada tujuh atlet yang memerlukan.

Advertisement

Bagi Dr Taufiq, ia sejajar dengan perjuangannya di KBS untuk membalas kembali jasa bekas atlet kebangsaan yang sudah mencurahkan segalanya buat negara.

"Kami sentiasa akan menjaga kebajikan atlet, bukan hanya yang sekarang, tetapi juga bekas atlet negara," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

"Kerana kalau hendak dikira pengorbanan yang telah mereka lakukan, ia tidak terbayar.

"Anggota dan ahli YAKEB ada sekitar 3,200 ahli dan kami perlu menyantuni kesemuanya agar mereka tidak rasa ketinggalan atau dipinggirkan. Itu paling penting."

 

 

Must Watch Video