Ketika tugasan masih bersisa menjelang Piala ASEAN Hyundai yang akan bermula pada bulan depan serta Piala FIFA ASEAN pada September depan, skuad kendalian Peter Cklamovski itu seolah-olah masih dalam fasa bulan madu.
Apa tidaknya, tiada sebarang panggilan kebangsaan berlaku ketika jendela kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bermula 1 hingga 9 Jun ini yang di pandang sepi Harimau Malaya,
Bekas ketua jurulatih kebangsaan itu menganggap ia sesuatu yang merugikan walaupun hakikatnya bola sepak negara masih bermurung dengan insiden memalukan melibatkan tujuh pemain tidak sah sehingga membawa keputusan memalukan daripada FIFA.
"Rugi, kita kena ambil kesempatan ini untuk aturkan perlawanan persahabatan.
"Barisan kejurulatihan pastinya sudah ada perancangannya dan pemainnya.
"Clkamovski pastinya mempunyai data yang perlu dibuat dan lebih tahu tentang situasi ini.
"Jadi kita lupakan apa yang telah berlaku. Kita kena fikir apa yang perlu untuk imej bola sepak kita.
"Kita kena fikir positif kerana kita mempunyai pemain berbakat dan ambil langkah untuk teruskan (perjuangan)," katanya.