Skip to main content

Bola Sepak

'Raya pertama bersama keluarga selepas enam tahun, tapi...'

Luqman

"Enam tahun lepas, ayah saya ada lagi.

Itu perkongsian bintang Negeri Sembilan, Luqman Hakim Shamsudin, yang akhirnya dapat beraya bersama keluarga di kampung halaman iaitu Kota Bharu, Kelantan selepas enam tahun tidak merasainya.

Advertisement

Namun, sebak bagi bekas pemain bawah 23 tahun (B-23) negara itu apabila peluang beraya dengan keluarga yang ditunggu-tunggu selama ini datang tanpa kelibat arwah ayahnya.

Walaupun sedih, Luqman tetap bersyukur perayaan Aidilfitri bersama keluarga akhirnya menjelma.

Sebelum memperkuat skuad Hobin Jang Hobin musim ini, dia mula berkelana ke luar negara bagi meraih pengalaman sejak 2020 di KV Kortrijk (Belgium), Njardvik dan Yokohama SCC (Jepun).

"Ini tahun pertama saya beraya bersama keluarga selepas enam tahun.

"Syukur Alhamdullilah.

"Saya sedikit sedih apabila tidak dapat menyambut bersama ayah yang sudah meninggal.

"Ibu saya masih ada, jadi segalanya Alhamdulillah," katanya.

Meninjau laman transfermarkt, pemain berusia 24 tahun itu sudah menjaringkan enam gol setakat ini bersama skuad Jang.

Must Watch Video