Tahukah anda? Chrigor Moraes sedang menikmati momen indah di Malaysia apabila dianggap merupakan pemain import terbaik Liga Super setakat ini.
Pembelian paling berbaloi apabila musim pertamanya sudah meraih pencapaian peribadi terunggul.
Advertisement
Penyerang kelahiran Brazil itu terus menjadi nadi utama buat Selangor selepas menjaringkan gol ke-40 musim ini semasa perlawanan separuh akhir pertama Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee menentang Nam Dinh baru-baru ini.
Ia, sekali gus menyaksikan Moraes memecahkan rekod legenda Indonesia, Bambang Pamungkas, yang bertahan selama 19 tahun dengan 39 gol satu musim.
Malah, dia turut mengukuhkan kedudukan di kalangan penjaring terbanyak dalam sejarah kelab.
Setelah membuat 45 penampilan dalam semua pertandingan musim ini, Chrigor telah menjaringkan 23 gol dalam Liga Super, lima dalam Piala FA, lima dalam Piala Malaysia, empat dalam Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) dan tiga dalam Piala Shopee, dengan purata 0.89 gol setiap perlawanan yang mengagumkan.
4๏ธโฃ0๏ธโฃ ๐๐๐๐๐. ๐๐ฃ๐ ๐๐๐จ๐ฉ๐ค๐ง๐๐ ๐จ๐๐๐จ๐ค๐ฃ. ๐๐ผ
Chrigor Moraes has officially broken Bambang Pamungkasโ long-standing 19-year record for the most goals in a single season for Selangor FC in the professional era. ๐ฎโ๐จ
39 goals in 2005.
40 goals in 2026.
๐โฆ pic.twitter.com/sSnUvgsLSQโ Selangor FC (@selangorfc) May 8, 2026
โSaya sangat gembira dapat menjaringkan gol dan membantu pasukan.
"Sokongan daripada rakan sepasukan dan peminat telah membantu saya kekal fokus dan beraksi dengan baik.
"Sejak tiba di Selangor, saya rasa selesa di sini, dan itu benar-benar membantu prestasi saya,โ katanya.
Dengan hanya beberapa perlawanan berbaki musim ini, Chrigor tetap bertekad untuk terus memecahkan rekod dan menyasarkan pencapaian yang lebih besar.