Skip to main content

Bola Sepak

Sejarah! 3 kad merah hiasi aksi pembukaan Piala Dunia 2026

Mexico

Mexico selaku tuan rumah bersama berjaya menewaskan Afrika Selatan 2-0 dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2026 di Stadium Mexico City, sebentar tadi.

Tahukah anda? Mexico dan Afrika Selatan mengulangi semula kisah pembukaan Piala Dunia, kali ini pada 2026 selepas pernah bertembung dalam aksi pembuka edisi 2010. 

Dan, ini merupakan kali pertama Mexico mencatatkan kemenangan selepas tewas dalam tujuh aksi pembukaan sebelum ini. 

Seawal minit kesembilan skuad kendalian Javier Aguirre memecah kebuntuan menerusi Julian Quinones untuk meletakkan Mexico di hadapan. 

Afrika Selatan yang kembali ke kancah tertinggi dunia itu selepas penganjuran 2010, terus menerima asakan hebat daripada tuan rumah, selain gagal menggugat pertahanan Mexico. 

Mexico yang turun tanpa kelibat Guillermo Ochoa selaku penjaga gol legenda kekal tenang mengelak sebarang percubaan berbahaya pelawat.

Mereka terus menambah jaringan pada separuh masa kedua dengan kali ini oleh bintang Liga Perdana Inggeris (EPL), Raul Jimenez, sekali gus meraih kemenangan penting. 

Kisah Jimenez yang dianggap sebagai 'pahlawan' menjadi seribu satu makna apabila enam tahun lalu dia berdepan kecederaan serius di bahagian kepala dan memerlukan sembilan bulan untuk pulih. Dan, jaringannya pagi tadi membuktikan keajaiban tersendiri tatkala menjaringkal gol peribadi pertamanya dalam Piala Dunia dan kembali beraksi. 

Dengan aksi berlangsung sengit, satu sejarah tercatat menyaksikan aksi pembukaan dicemari dengan insiden tiga layangan kad merah dalam satu perlawanan.

Pada edisi 2022, hanya empat layangan kad merah secara keseluruhan. Tetapi pada aksi pembukaan kali ini ia sudah hadir dengan tiga layangan kad merah.

Afrika Selatan dihukum dengan kehilangan dua tonggak apabila dilayangkan kad merah akibat kekasaran. 

Sementara, Cesar Montes turut terpaksa melupakan perlawanan seterusnya ekoran digantung. 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

Must Watch Video