Skip to main content

Bola Sepak

Sejarah! Bruno Fernandes pecah rekod enam musim

Bruno

Manchested United mengakhiri musim Liga Perdana Inggeris (EPL) 2025/26 penuh bergaya selepas menduduki tempat ketiga di belakang Manchester City dan Arsenal usai menewaskan Brighton and Hove Albion di tempat lawan, sebentar tadi. 

Lebih manis, The Red Devils menutup kempen dengan kemenangan memukau 3-0, hasil jaringan Patrick Dorgu, Bryan Mbeumo dan ketua pasukan, Bruno Fernandes. 

Era kegemilangan gergasi England itu sudah kembali dengan kewibawaan jurulatih Michael Carrick? 

Tahukah anda? Pemain kebangsaan Portugal, Bruno Fernandes, mencipta sensasi apabila memperbaharui rekod yang sebelum ini dipegang oleh Kevin De Bruyne (Manchester City) dan legenda Arsenal, Thierry Henry. 

Fernandes berjaya mengumpul 21 bantuan jaringan, rekod terbanyak dalam satu musim EPL, sekali gus menjadi sejarah baru liga domestik tersebut. 

Kali terakhir bantuan jaringan terbanyak dicatatkan pada musim 2019/20 oleh De Bruyne sebanyak 20 kali. Dan, ia menyamai rekod yang disandang oleh legenda Perancis itu pada 2002/03 ketika itu. 

Ini bermaksud, Fernandes mengukir satu lagi sejarah dan rekod istimewa dalam kancah EPL selaku Raja Bantuan Jaringan ketika ini. 

Dia turut berhasil membantu Man Utd kembali ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada musim hadapan.

Must Watch Video