"Perlu ada pembangunan ketara dalam kem perseorangan negara"
Itu apa yang disuarakan finalis tiga edisi Piala Thomas, Ong Ewe Hock, untuk melihat adanya pelan pembangunan khas untuk kem perseorangan negara susulan Malaysia mengakhiri saingan Piala Thomas 2026 di suku akhir selepas tewas 0-3 ke atas China.
Advertisement
Jika melihat kepada prestasi kem perseorangan negara di Piala Thomas 2026, hanya olimpian negara, Lee Zii Jia mempamerkan konsistensi dan aksi memberangsangkan.
Bagi bekas jaguh perseorangan lelaki negara, Ong Ewe Hock, perlu adanya pelan khas untuk membawa naik kembali kem perseorangan negara ke tempat sepatutnya.
Mungkin tempat yang ditinggalkan Datuk Lee Chong Wei adalah sesuatu yang sangat sukar diisi, namun bagi Ewe Hock, tempoh dua tahun akan datang ini sangat kritikal untuk kita menambah baik dan cuba melahirkan beberapa atlet bertaraf dunia.
"Dahulu dalam Malaysia ada 20 pemain perseorangan dalam skuad kebangaaan,pasukan junior lagi ada dalam 50 pemain dahulu.
"Pemain dalam kelompok 20 terbaik dunia ada lebih kurang enam ke tujuh pemain pada tahun 2000, jadi itu perlu difikirkan mengapa boleh sampai di tahap itu.
"Tiada perseorangan nombor satu dunia, tetapi nombor lapan, enam dan 10 ada. Sekarang perseorangan lelaki dalam kelompok 20 terbaik dunia satu pun tiada. Jadi macam mana mahu bandingkan, jadi perlu buat sesuatu yang istimewa untuk pembanggunan satu dua tahun akan datang." katanya.