All England sah ada juara baru!
Seawal pusingan pertama Kejohanan Badminton Seluruh England 2026 dikejutkan dengan kekalahan juara bertahan, Shi Yu Qi, kepada jaguh India dalam perlawanan rubber set di Arena Utilita Birmingham, sebentar tadi.
Advertisement
Lakshya Sen berhempas-pulas menampilkan permainan berkualiti untuk menundukkan pilihan utama kejohanan badminton tertua dunia itu, walaupun hampir menoktahkan kemenangan straight set.
Wakil perseorangan India itu terlebih dahulu mendahului aksi dengan kemenangan set pertama 23-21.
After the Thailand Open 2023, 🇨🇳Shi Yu Qi had never suffered a first-round exit in any of his last 37 consecutive tournaments.
However, this impressive streak was ended today by 🇮🇳Lakshya Sen in the first round of the #AllEngland2026.🤯 pic.twitter.com/HoAzyggucW— BadmintonRanks (@BadmintonR45199) March 3, 2026
Tentangan sengit itu berterusan apabila lawan di ranking pertama dunia itu mula bangkit dan menjarakkan kedudukan di set kedua. Mata saling bertukar, namun Yu Qi lebih sensasi untuk mengikat keputusan 1-1 menerusi kemenangan set kedua 21-19.
Selepas hampir satu jam 18 minit, Sen akhirnya melakar kejayaan untuk mara ke pusingan seterusnya selepas membenam Yu Qi 21-17, sekali gus mengejutkan peminat yang hadir.
Untuk rekod, Shi Yu Qi tidak pernah tewas pada peringkat 32 sejak 2023.