Manchester United dilaporkan memerlukan dana sekitar 100 juta pound (RM534 juta) menerusi penjualan pemain sedia ada bagi mendapatkan muka baru selepas penghujung musim ini.
Antara sembilan pemain senior yang dijangkakan bakal 'angkat kaki' daripada Old Trafford dan meninggalkan kelab itu adalah Mason Mount, Manuel Ugarte, Joshua Zirkzee, Andre Onana, Rasmus Hojlund dan Marcus Rashford selain Casemiro, Jadon Sancho dan Tyrell Malacia yang bergelar ejen bebas.
Advertisement
🚨 Joshua Zirkzee wants to leave Manchester United this summer after the club blocked a January departure.
Ruben Amorim was open to letting Zirkzee go in the winter window but a move didn't materialise largely because Bryan Mbeumo and Amad Diallo were on international duty in… pic.twitter.com/TMK5g1DzaM— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) March 12, 2026
Selain Casemiro yang sudah membuat pengumuman bakal meninggalkan United selepas empat tahun, Ugarte yang dibeli pada harga 50.8 juta pound (RM271.27 juta) dan Zirkzee pada 36.5 juta pound (RM194.91 juta) dilihat bergelut untuk mampamerkan aksi terbaik selain kerap terpalit dengan masalah kecederaan.
Malah, status pemain yang dipinjamkan iaitu Hojlund (Napoli) dan Rashford (Barcelona) dijangkakan akan ditandatangani secara tetap memandangkan kedua-dua pemain itu mempunyai opsyen untuk dibeli.
🚨🆕 It has been decided 100% that Jadon #Sancho will leave Manchester United at the end of the season. #MUFC
Borussia Dortmund are seriously interested and have held talks. Club boss Aki Watzke is the main driver behind the idea. He wants to bring Sancho back and is a big… pic.twitter.com/c8ly3JlQPm— Florian Plettenberg (@Plettigoal) March 23, 2026
Sementara itu, dengan kehadiran Senne Lammens yang kerap membarisi kesebelasan utama United, semestinya khidmat Andre Onana -40 penampilan di semua pertandingan musim lalu, dengan 53 gol bolos dan sembilan kali mencatatkan rekod tanpa bolos- yang dipinjamkan ke Trabzonspor kemungkinan tidak lagi diperlukan.