Skip to main content

Bola Sepak

Situasi ini berbeza daripada apa yang berlaku pada 2021 -- Christian Eriksen

da

Perancang tengah Denmark, Christian Eriksen, berkongsikan dia telah pulang ke rumah dan menjalani pemulihan bersama keluarganya selepas insiden rebah di atas padang kali kali kedua kelmarin.

"Menerima kejutan daripada ICD (Implantable Cardioverter-Defibrillator) telah memberikan impak yang besar kepada saya dan keluarga.

"Tetapi saya ingin menyakinkan semua orang bahawa situasi ini berbeza daripada apa yang berlaku pada tahun 2021.

"Saya berasa sihat dan pemulihan saya telah bermula. ICD saya berfungsi dengan baik, melindungi saya apabila saya perlukan. Tumpuan ketika ini adalah pemulihan, luangkan masa Bersama keluarga, bercuti dan bermain bole dengan anak-anak saya. katanya menerusi laman Instagram.

 

 

 

 

Pemain berusia 34 tahun itu menimbulkan kebimbangan penyokong bola sepak dunia selepas memegang dadanya dan rebah pada minit ke-65 perlawanan ketika menentang Ukraine di Odense.

Terdahulu, pada 2021 Eriksen rebah ketika perlawanan pembukaan Kejohana Eropah (EURO) ketika pasukannya berdepan Finland di Copenhagen.

Dia menerima rawatan CPR yang menyelamatkan nyawanya serta dipasangkan peranti ICD khas sehingga berjaya menyambung semula kerjaya bola sepaknya di peringkat kelab dan antarabangsa.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video