Skip to main content

Bola Sepak

Skandal 7 pemain, CAS: MFL tunggu kata putus AFC

MFL

Status pemain yang terpalit dengan isu pemalsuan dokumen dalam Liga Malaysia (Liga-M) menjadi misteri apabila Liga Bolasepak Malaysia (MFL) masih belum membuat keputusan muktamad berhubung kedudukan mereka.

MFL memaklumkan pihaknya akan mempertimbang langkah seterusnya berdasarkan keputusan Jawatankuasa Tatatertib dan Etika Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Advertisement

Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) sebelum ini menolak rayuan FAM dan tujuh pemain susulan kesalahan pemalsuan dokumen dengan empat daripadanya beraksi dalam Liga Super iaitu Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel dan Gabriel Palmero.

Ia, sekali gus mengundang persoalan mengenai status mereka yang sebelum ini didaftarkan di bawah kuota pemain tempatan bersama kelab masing-masing.

"Kami akan membuat kenyataan terutamanya melibatkan kelab-kelab terbabit selepas AFC menentukan status pemain berkenaan.

"CAS dan FIFA juga telah menjatuhkan hukuman. Mereka tidak boleh bermain dalam perlawanan rasmi.

"Kami juga telah menghantar pekeliling kepada kelab terlibat (Johor Darul Ta'zim dan Kuching City).

"Mereka tidak boleh menurunkan pemain tersebut beraksi," kata Presiden MFL, Datuk AB Ghani Hassan.

Difahamkan, syarat yang ditetapkan MFL bagi membolehkan seseorang pemain didaftarkan sebagai pemain tempatan dalam Liga-M adalah memiliki kad pengenalan atau pasport Malaysia yang sah.

Pemain berkenaan pula disahkan sebagai warganegara Malaysia selepas dianugerahkan kerakyatan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa di negara ini.

"Saya tidak boleh komen sebarang andaian.

"Pemberian kewarganegaraan ini hak kerajaan.

"Jika kerajaan menarik semula kerakyatan, maka mereka bukan warganegara," tambahnya.

Must Watch Video