Skip to main content

Ragbi

SSR Challenge Trophy: SMACH mahu teruskan momentum juara ke final

SSR Challenge Trophy: SMACH mahu teruskan momentum juara ke final

'Kami ingin teruskan momentum', itu tekad ketua jurulatih Sekolah Menengah Sains Machang (SMACH), Mohd Iqbal Abd Rahman, selepas kejayaan pasukannya menjuarai Kejohanan Ragbi MSS Kelantan dan kini mengintai satu lagi trofi dalam final SSR Challenge Trophy 2026 menentang SMK King George V.

Menurut Iqbal, fokus utama ketika ini adalah memastikan proses pemulihan pemain berjalan lancar bagi membolehkan barisan SMACH berada pada tahap terbaik menjelang aksi final Sabtu ini.

Advertisement

Dia percaya aspek kecergasan dan kesediaan mental akan menjadi faktor penting dalam menentukan kemampuan pasukan mengekalkan rentak kemenangan.

Dalam masa sama, Iqbal turut meletakkan harapan tinggi untuk mencipta sejarah dengan memburu slot emas wildcard ke SSR Premier, yang diperkenalkan buat kali pertama kepada juara Challenge Trophy tahun ini.

Sementara itu, aksi wildcard Divisyen Premier dijadual bermula pada 15 Mei dengan Sekolah Tuanku Abdul Rahman menanti juara Challenge Trophy.

Selain itu, SMS Tuanku Syed Putra perlu mengatasi SBPI Gombak untuk melangkah ke suku akhir Divisyen Premier.

Pada 16 Mei pula, Sekolah Sultan Alam Shah bakal berdepan Kolej Yayasan Saad, manakala Victoria Institution dijadual menentang SMS Selangor pada 17 Mei.

Topik Berkaitan

Must Watch Video