Skip to main content

Ragbi

SSR: Try saat akhir SDAR buat VI berputih mata di laman sendiri

j

Siapa sangka, hanya satu sepakan yang pada awalnya bertujuan untuk mengeluarkan bola dari kawasan bahaya akhirnya menjadi detik penentu dalam minit-minit akhir perlawanan yang sarat dengan drama, apabila satu try terhasil daripada situasi tersebut.

Itu yang dilakukan pemain Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Afi Danial Izmi, dalam perlawanan Super Schools Rugby (SSR) kategori Premier petang tadi -- yang menyaksikan sepakannya itu gagal ditangkap kemas pemain Victoria Institution (VI), lalu dia pantas menyusul dari belakang melakukan tackle hingga mencetuskan situasi kucar-kacir dalam kawasan VI sebelum disudahkan dengan terjunan pemusnah oleh rakan sepasukannya, seterusnya melakar kemenangan 8-3 di laman lawan.

Advertisement

 

 

 

 

SDAR -- yang turun dengan misi mengubat kecewa selepas tewas dalam aksi separuh akhir Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan itu -- jelas memperagakan pertahanan yang cukup kebal apabila mematahkan setiap asakan pihak lawan.

Keputusan itu menyaksikan SDAR muncul juara kumpulan dan mengesahkan tiket automatik ke peringkat suku akhir, sementara VI terpaksa akur bergelar naib juara kumpulan dan perlu bermain dalam perlawanan untuk merebut  tiket peluang khas.

 

 

Must Watch Video