Bukan setakat melunaskan tanggungjawab untuk menyelesaikan tugasan, malah sempat untuk meninjau apakah menu atau di manakah tempat atlet mendapatkan makanan.
Wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, tidak terlepas untuk melaporkan sisi lain cerita ketika bertugas dalam Sukan Para ASEAN di Korat, Thailand.
Advertisement
Makanan halal menjadi tumpuan atlet para muslim untuk menjamu selera, namun siapakah pemilik sebenar yang menyediakan resipi halal kepada atlit yang berjuang di bumi Thailand?
"Restoran kami dipilih untuk menyediakan makanan buat atlet yang bertanding dalam Sukan Para ASEAN.
"Kami sangat bertuah.
"Pelbagai juadah yang menepati kriteria atlet.
"Saya menjemput semua orang untuk datang ke restoran kami dan mencuba makanan kami," kata Pemilik Restoran Halal Auntie Chan, Sukkasem Singhalangpol