"Saya rindu mak ayah, dah lapan bulan tak jumpa".
Demikian penegasan jaguh para powerlifting negara, Muhammad Akmal Danish, yang menjadi prospek terbaik mengiringi kewibawaan wira negara, Bonnie Bunyau, dalam beberapa tahun lagi.
Advertisement
Atlet yang berasal dari Selama, Perak itu mengakui terlalu merindui keluarga kerana sudah lapan bulan berjauhan daripada keluarga susulan mengikuti latihan dibawah Program Podium di Ibu Kota.
Dia berkongsikan rahsia disebalik kejayaannya meraih emas kedua powerlifting di korat menerusi kategori 72 kilogram dengan disiplin dan rutin latihan jitu.
Gold medal on the way🔥🔥🔥Para ASEAN 2025: Rekod angkatan 171 kg merupakan catatan peribadi terbaik sukan powerlifting yg dicipta Muhammad Akmal Danish di temasya ini.@ASTROARENA pic.twitter.com/mAza2UPqYC
— Faizal Bazari (@faizalbazario) January 23, 2026
Akmal menggegarkan arena terminal 21 ini dengan memecahkan rekod peribadi terbaiknya 167 kilogram yang dicipta pada Kejohanan Dunia Para Powerlifting di Cairo, Mesir tahun lalu dengan rekod angkatan baharu 171 kilogram.
"Pertama sekali berjauhan dengan keluarga, berasa rindu. Terima kasih keluarga dan jurulatih atas sokongan.
"Untuk capai ke Sukan Paralimpik, perlu lalui Kejohanan Angkat Berat Para Dunia Terbuka Asia- Oceania terlebih dahulu jadi saya akan lakukan yang terbaik di sana." katanya.
Para ASEAN 2025: Congrats Bibiana, emas pertama powerlifting @ASTROARENA pic.twitter.com/0RWvcIIfLj
— Faizal Bazari (@faizalbazario) January 23, 2026
Sementara itu, atlet wanita para powerlifting negara Bibiana Ahmad, turut merangkul pingat emas acara 67 kilogram powerlifting selepas mengumpul angkat seberat 95kg.