Bekas pemain golf profesional negara, Shaaban Husin, yang pernah menggemparkan negara selepas melalui kemalangan dahsyat pada 2016, berharap skuad golf Malaysia mampu merampas kembali pingat emas pada Sukan SEA 2027.
Menurut Shaaban, kegagalan membawa pulang emas pada edisi di Thailand tidak seharusnya dianggap sebagai sesuatu yang membimbangkan kerana Malaysia ketika ini memiliki ramai pemain muda berbakat dan berpotensi besar.
Advertisement
Dia percaya gabungan pengalaman serta pembangunan pemain muda mampu menjadi kekuatan utama buat skuad negara, lebih-lebih lagi apabila Malaysia bakal beraksi di laman sendiri pada temasya 2027 nanti.
Shaaban turut melihat sokongan padu penyokong dan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri sebagai faktor yang mampu menyuntik keyakinan tambahan kepada pemain negara untuk kembali memburu kilauan emas.