Chef de Mission (CDM) kontinjen negara ke Sukan SEA Malaysia, Datuk Iruan Zulkefli, menganggap masih terlalu awal untuk mengumumkan sasaran pingat dalam misi muncul juara keseluruhan temasya itu.
Meskipun menyasarkan 70 peratus sukan di kedudukan podium, jawatankuasa berkaitan terlebih dahulu perlu menunggu senarai penuh rasmi sukan yang akan dipertandingkan sebelum membuat apa-apa evaluasi mengenai peluang Malaysia.
"Kita masih belum tahu berapa jumlah sukan lagi dan ketika ini kita tidak boleh mengikut atau kehendak tuan rumah untuk memilih sukan kerana ada SEAGF (persatuan Sukan SEA), jadi keputusannya bukan daripada MOM (Majlis Olimpik Malaysia) sahaja," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
"Kita juga perlu menjaga hati semua (negara) yang akan menyertai Sukan SEA.
"Kami tidak (boleh) menyebut angka tetapi apa yang pasti, kita mahu menjadi juara."