Penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) berskala kecil dalam pertimbangan menjelang mesyuarat khas yang akan berlangsung 30 April depan.
Itu antara pilihan yang mungkin akan dipertimbang bergantung kepada tiga indikasi yang menjadi perbincangan utama bagi status penganjuran Sukma Selangor kali ini.
Advertisement
Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari, sedar tentang keperluan Sukma kali ini yang menjadi pencetus kepada barisan atlet sandaran khusus menjelang Sukan SEA Malaysia 2027.
"Adakah Sukma wajar diteruskan?
"Ia juga merangkumi persiapan atlet menuju kejohanan lain.
"Apakah pula implikasi terhadap penangguhan ini.
"Semuanya akan dibincangkan pada minggu hadapan.
"Jika masih berlangsung, mungkin kita akan mengecilkan penganjuran mengikut keadaan semasa," katanya di Nadi Arena.
Dalam masa sama, persediaan atlet di peringkat negeri masih berjalan seperti biasa tanpa ada sebarang perubahan sehingga kata putus diketahui minggu depan.