Perkongsian laman bola sepak terkemuka dunia, 433, menunjukkan satu video latihan pasukan Barcelona, namun lensa kamera tertumpu pada satu momen menarik.
Kelihatan penyerang, Robert Lewandowski berbalas tumbukan dengan penjaga gol, Wojciech Szczęsny, namun menurut sumber ia sekadar gurauan dan bukan menggunakan kecerdasan buatan (AI).
Advertisement
Meninjau di komen, ramai yang menganggap perbuatan dua pemain kebangsaan Poland itu seperti memerli Real Madrid yang dihimpit isu pergaduhan serius antara beberapa pemain.
This is not AI, just Szczęsny & Lewy jokingly fighting 🤣
🎥 @marca pic.twitter.com/4cpIwbenKn— 433 (@433) May 8, 2026
Barcelona akan menentang Real Madrid menjelang pertemuan El Classico pada awal pagi Isnin ini.