Seramai lima wakil negara telah mengesahkan slot ke pusingan 16, Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2026 di Gimnasium Metropolitan Tokyo, setakat ini.
Dalam pertarungan yang berlangsung semalam menyaksikan tiga wakil negara dimulai dengan perseorangan lelaki negaram Leong Jun Hao, menewaskan lawan dari Taiwan, Chi Yu Jen, 21-19,21-16.
Kemudian diikuti kemaraan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin yang turun selaku pilihan kelima kejohanan menewaskan lawan dari China, Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi, 22-20,21-18, dalam tempoh 37 minit dan diakhiri dengan beregu muda negara, Kang Khai Xing-Aaron Tai, yang mengejutkan pilihan ketujuh dari China, Chen Bo Yang-Liu Yi, 11-21,26-24,21-15, dalam tempoh satu jam perlawanan.
#JapanOpen2026
XD | R32#MAS 🇲🇾 Goh Soon Huat-Shevon Lai def. #USA 🇺🇸 Chen Zhi Yi-Francesca Corbett 21-13, 22-20
⏱️ 33 mins
Soon Huat-Shevon advanced to the second round after defeating World No. 11 Zhi Yi-Corbett in straight games. 💪#GemilangkanLagi#BadmintonMalaysia… pic.twitter.com/3IkyC8MZ39— BAM (@BA_Malaysia) July 15, 2026
Hari ini pula menyaksikan beregu campuran berpengalaman negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, bermula Langkah kanan dengan menewaskan Chenm Zhi Yi-Francesca Corbett, 21-13,22-20, dari Amerika Syarikat.
Gandingan yang baru dibentuk, Jimmy Wong-Cheng Su Yin, juga tidak berdepan masalah menewaskan lawan ari Jepun, Yuichi Shimogami-Sayaka Hobara, dalam aksi rubber set, 21-19,11-21,21-19.
Menjadi tumpuan hari ini adalah perlawanan gandingan bidang terjun yang baru dibentuk, Man Wei Chong-Soh Wooi Yik, yang akan turun berdepan lawan dari Taiwan, Fang Chih Lee-Fang Jen Lee, pada sebelah malam nanti.