Pelumba Johor Darul Ta'zim (JDT) Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah, sekali lagi didenda oleh Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) meskipun menakluki perlumbaan pusingan pertama di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand semalam.
Ini adalah kali kedua berturut-turut jaguh negara itu didenda dalam saingan permotoran berprestij itu.
Advertisement
Pendahulu keseluruhan setakat ini itu melakukan kesalahan mengambil bendera di tepi litar selepas tamat perlumbaan, sekali gus dikenakan hukuman bayaran sebanyak USD500 (RM1,900).
The sound of pride echoing through the circuit, showing on our faces 🇲🇾#JDTRacingTeam pic.twitter.com/RwihE9szXx
— JDT Racing Team (@jdtracingteam) May 9, 2026
Hafizh sebelum ini turut didenda dengan amaun sama termasuk long lap penalty susulan hampir menyebabkan pelanggaran di garisan penamat dalam perlumbaan 2 selepas memperlahankan jenteranya secara mengejut di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sewaktu pembukaan musim baharu.
Bekas pelumba Yamaha Tech3 dalam kejuaraan dunia itu meneruskan rekod cemerlang dengan menaiki podium kategori Asian Superbike 1000 (ASB1000), sekali gus mengulangi pencapaian berganda di Sepang bulan lalu.