Skip to main content

E-Sukan

TERKINI! Bintang Selangor Red Giants digantung

SRG

Kemas kini Liga Profesional Mobile Legend (MPLMY) musim ke-17 sebentar tadi menyaksikan bintang Selangor Red Giants (SRG), Mark Rusiana, digantung selama tujuh perlawanan berkuat kuasa serta merta.

Ia, termasuk semua kejohanan rasmi Mobile Legends: Bang Bang di semua rantau.

Advertisement

Kramm turut didenda dengan bayaran sebanyak USD2000 (RM7,839) ekoran pelanggaran serius dalam buku peraturan rasmi MPLMY.

Siaran media itu menjelaskan pemenang liga domestik itu telah menghantar mesej kepada seorang atlet e-sukan MPLMY, namun tidak didedahkan bentuk mesej tersebut.

Terdahulu, difahamkan Kramm turut dikenakan hukuman berkaitan kenyataannya yang bersifat menyasarkan dan tidak wajar semasa sesi temu bual selepas aksi pada minggu kelima.

Kramm antara tonggak utama SRG merangkul beberapa kejuaraan antarabangsa sebelum ini.

Must Watch Video