Skuad hoki negara sekali lagi membanggakan rakyat Malaysia terutamanya di kalangan peminat sukan apabila berjaya layak ke Piala Dunia 2026 baru-baru ini menandakan penyertaan buat kali ke-10 yang akan berlangsung di Belgium dan Belanda pada 14 hingga 30 Ogos ini.
Menerusi kemas kini undian sebentar tadi, The Speedy Tigers diundi dalam Kumpulan B, bersama tuan rumah (Belgium), Jerman dan Perancis.
Advertisement
Ia, sekali gus menyaksikan skuad kendalian Sarjit Singh berdepan laluan berliku untuk melepasi peringkat kumpulan pusingan kalah mati.
Hoki Piala Dunia 2026 :
Kumpulan B
-Belgium
-Jerman
-Perancis
-Malaysia
Undian sukar buat The Speedy Tigers 🔥
@ASTROARENA pic.twitter.com/gEsPiyXLBE— karlnunis (@_karlnunis) March 17, 2026
Untuk rekod, pencapaian terbaik skuad hoki negara dalam kejohanan paling berprestij itu mengakhiri tempat keempat sewaktu menjadi tuan rumah pada 1975.
Semua perlawanan melibatkan Malaysia dan Kumpulan C akan bermain di Belgium, manakala kumpulan lain beraksi di Belanda.