Jepun akan menjadi cabaran awal buat skuad badminton negara dalam saingan Piala Thomas di Denmark bulan depan.
Ini selepas Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Negara Matahari Terbit itu selain England dan Finland.
Advertisement
Dalam pada itu, juara bertahan, China, diundi dalam Kumpulan A bersama India, Kanada dan Australia.
Kumpulan C pula boleh dilabel sebagai kumpulan maut menghimpunkan Taiwan, Denmark, Korea Selatan dan Sweden.
Indonesia pula mengepalai Kumpulan D dengan cabaran Perancis, Thailand dan Algeria.
Sementara itu, skuad wanita negara diundi dalam Kumpulan B saingan Piala Uber bersama Jepun, Turkiye dan Afrika Selatan.