Skip to main content

Sepak Takraw

Terkini: PMX lulus peruntukan RM3 juta buat sukan sepak takraw negara

PMX.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebentar tadi meluluskan peruntukan RM3 juta buat Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM).

Perdana Menteri, dalam ucapannya, mengesahkan tambahan RM2 juta daripada pihak kerajaan selepas meluluskan peruntukan RM1 juta buat sukan itu daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Advertisement

Wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, melaporan sebanyak RM2 juta daripada peruntukan itu akan digunakan bagi pembangunan akar umbi dan Akademi Sepaktakraw Negara.

RM1 juta lagi pula akan disalurkan bagi persiapan skuad negara dan penganjuran Piala Dunia Sepak Takraw ISTAF di Stadium Titiwangsa bulan depan.

 

Must Watch Video