Skip to main content

Bola Sepak

'Tujuan kami untuk dapatkan bayaran buat pemain, bukan mahu burukkan kelab'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ejen

Pasukan Sri Pahang yang tidak menyertai saingan Liga Malaysia musim 2025/26 didakwa masih belum melunaskan baki gaji beberapa pemain seperti yang dipersetujui bersama meskipun beberapa bulan telah berlalu.

Dakwaan itu dibuat ejen pemain kepada salah seorang bekas tonggak Tok Gajah, Dr. Faidauz Azhar, susulan kegagalan pihak pengurusan memberikan sebarang maklum balas berhubung perkara berkenaan.

Advertisement

Menurut ejen berkenaan, tunggakan gaji yang masih belum diselesaikan melibatkan satu bulan gaji bagi bulan April 2025, selain tiga bulan bayaran yang sudahpun dipersetujui oleh kedua-dua pihak sebelum ini.

"Jika diikutkan sehingga pemain-pemain ini dapat pasukan baru, sampai tarikh mereka dapat pasukan baru dan kami setuju hampir empat bulan dan ia adil.

"Sudah ada persetujuan, pemain juga menghargai Sri Pahang cuma pemain tidak kisah mengikut jumlah yang dipersetujui.

"Kami buntu juga, perlu mencari individu yang bertanggungjawab dalam pasukan ini kerana dia entiti Sendirian Berhad, jadi masih ada pemilik.

"Tujuan kami untuk mendapatkan pembayaran buat pemain, bukan mahu memburukkan kelab. Ada pemain yang melalui kekangan juga." katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Sehingga artikel ini ditulis, pihak pengurusan Sri Pahang masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi menjelaskan situasi berkenaan.

Must Watch Video