Tular di laman-laman sosial berkenaan rusuhan penyokong yang berlaku sebaik Persipura Jayapura gagal ke Liga Super Indonesia apabila tewas 0-1 kepada Adhyaksa FC dalam aksi play off di Stadium Lukas Enembe Jayapura sebentar tadi.
Kekalahan itu menyaksikan Persipura gagal kembali ke saingan divisyen utama berkenaan selepas kali terakhir bersaing dalam liga utama Indonesia pada 2022.
Advertisement
Sebaik wisel penamat dibunyikan, berlaku rusuhan penyokong, yang tampak sebagai tanda kekecewaan apabila pasukan mereka sekali lagi terperangkap dalam liga divisyen 2.
Kredit foto: Sepakbola Indonesia Fansbook III