Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Madrid bakal tempang tanpa Mbappe, Bellingham, Rodrygo?

RM

Juara 15 kali Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Real Madrid, dilihat bakal berdepan ujian getir apabila dijadual melayan kunjungan Manchester City di Santiago Bernabeu dalam aksi pusingan 16 terbaik, awal pagi Khamis ini.

Madrid dijangka turun tanpa beberapa tonggak utama termasuk Kylian Mbappe, Jude Bellingham dan Rodrygo Goes yang mengalami kecederaan.

Advertisement

Situasi itu bakal menjadikan pasukan bimbingan Alvaro Arbeloa sebagai ‘underdog’ ketika menentang skuad kendalian Pep Guardiola.

Harapan ketika ini banyak diletakkan kepada bintang Brazil, Vinicius Junior yang dilihat kembali menunjukkan prestasi cemerlang sejak kebelakangan ini.

Arbeloa mengakui perlawanan menentang City bakal menjadi ujian sukar buat pasukannya.

“Kami hanya mahu menang kerana itulah yang Real Madrid sentiasa lakukan, iaitu bermain untuk menang,” katanya.

Jurulatih itu turut menyeru penyokong di Bernabeu agar memberi sokongan penuh kepada pasukan.

“Apabila bermain di laman sendiri, kami lebih kuat dengan sokongan peminat,” katanya lagi.

Sementara itu, City disifatkan memiliki kelebihan apabila penyerang utama mereka, Erling Haaland, yang direhatkan sebelum ini dijangka cergas sepenuhnya untuk perlawanan penting tersebut.

Dalam 15 pertemuan sebelum ini antara kedua-dua pasukan, kedua-duanya mencatat lima kemenangan dan lima keputusan seri, menjadikan pertembungan ini antara yang paling seimbang dalam sejarah UCL.

Must Watch Video