Skip to main content

Bola Sepak

UCL Wanita: Barcelona belasah Real Madrid untuk ke separuh akhir

UCL wanita barca madrid

Barcelona mara bergaya ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) Wanita dengan kemenangan besar 6-0 ke atas Real Madrid dalam aksi suku akhir kedua di Camp Nou awal pagi tadi.

Ia sekali gus menyaksikan pasukan itu mencatatkan kemenangan agregat yang luar biasa 12-2 ke atas seteru Sepanyol berkenaan.

Advertisement

Kemenangan itu menyaksikan mereka akan menentang wakil Jerman, Bayern Munich, bagi dua penentuan ke final, masing-masing pada hujung bulan ini dan awal bulan depan.

Selepas mendahului 6-2 secara agergat hasil pertemuan pertama di laman lawan minggu lalu, Barca tidak menunjukkan belas kasihan dalam perlawanan kedua ini.

Alexia Putellas membuka tirai jaringan pada minit kelapan sebelum Caroline Graham Hansen menambah gol kedua berselang tujuh minit untuk memadamkan sebarang sisa harapan Madrid untuk bangkit.

Irene Paredes dan Ewa Pajor masing-masing menambah satu gol sebelum waktu rehat, dan 10 minit selepas babak kedua bermula, Graham Hansen menjaringkan gol keduanya untuk memburukkan lagi keadaan buat Madrid. Esmee Brugts kemudian melengkapkan kemenangan besar itu pada minit ke-74.

 

Must Watch Video