Nottingham Forest akan bertemu Panathinaikos atau Fenerbahce dalam aksi play-off Liga Europa selepas menamatkan fasa liga dengan kemenangan 4-0 ke atas Ferencvaros.
Dua gol Igor Jesus selepas jaringan sendiri Bence Otvos serta penalti James McAtee menjadikan perlawanan yang cukup selesa buat Forest di City Ground.
Advertisement
Kekalahan di Braga minggu lalu menyaksikan skuad kendalian Sean Dyche terlepas peluang kelayakan secara automatik namun kemenangan yang diraih sebentar tadi memastikan mereka memperoleh kelebihan di tempat sendiri bagi aksi kedua play-off yang berlangsung bulan hadapan.