Skip to main content

Tinju

UFC: Rampas tali pinggang Khamzat Chimaev -- Strickland akui hampir hilang pertimbangan

j

Sean Strickland menjelaskan dia tidak mendendami Khamzat Chimaev selepas menewaskan seterunya itu dalam pertarungan UFC 328 hari ini.

Petarung dari California itu mencipta kejutan untuk kembali bergelar juara middleweights dengan merampasnya melalui kemenangan berdasarkan kiraan juri selepas lima pusingan.

Advertisement

Selama berbulan-bulan, Chimaev melancarkan perang saraf ke atas Strickland dan berjaya membangkitkan kemarahannya malah menyepak kakinya ketika acara timbang berat badan semalam.

Tapi sebaik aksi mereka di gelanggang oktagon itu berakhir, Strickland menyambut ucapan tahniah daripada Chimaev dengan mesra  -- sebagai tanda pendamaian daripada dua gergasi 'gentlemen' ini.

"Dia memang memiliki sikap ancaman sebegitu dan mungkin ia sebahagian kecil daripada diri saya tetapi apabila dia mengugut saya, saya berasa bagaikan mahu membunuhnya.

"Mungkin dia tidak berniat sebegitu, mungkin itu cara orang Chechen berjenaka.

"Jadi secara jujurnya saya cuba mereka-reka keseluruhan situasi ini di dalam kepala. Ada kalanya apabila anda tidak sihat daripada segi mental dan anda perlu berinteraksi dengan orang, tetapi otak anda berfikir sesuatu yang lain akan berlaku (hilang pertimbangan).

"Jadi anda perlu duduk bertenang. Itulah sebabnya saya sangat suka berlatih kerana akan ada masa di mana saya berinteraksi dengan seseorang dan otak saya menggambarkan keseluruhan kejadian itu.

"Jadi ada kemungkinan ketika itulah saya menggambarkan sedang berdepan Chimaev," kata Strickland.

Topik Berkaitan

Must Watch Video