Skip to main content

Bola Sepak

(Video) Cemas! Pegang dada, momen Eriksen rebah kali kedua

Denmark

Tindakan pemain Denmark dan Ukraine wajar dipuji kerana pantas 'bersatu' membantu menyelamatkan Christian Eriksen.

Malah, pengadil terus membuat keputusan untuk menamatkan aksi serta merta, dan kedua-dua pasukan bersalaman dan mendoakan kesejahteraan Eriksen.

Dunia bola sepak cemas apabila bintang kebangsaan Denmark itu sekali lagi rebah dalam perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Ukraine semalam.

Insiden pada hari Ahad menandakan kali kedua pemain berusia 34 tahun itu rebah sewaktu mewakili negaranya.

Pada tahun 2021, dia rebah, sekali gus tidak sedarkan diri semasa perlawanan Euro 2020 tatkala pasukannya menentang Finland di Copenhagen.

Dan, tragedi itu berulang semalam, menyaksikan lensa video yang tular jelas terasa menyedihkan tatkala bekas pemain Manchester United terlebih dahulu sudah memegang dadanya sebelum tiba-tiba rebah 20 minit selepas separuh masa kedua berlangsung.

Tidak kira rakan-rakan atau pihak lawan, semuanya pantas membentuk lingkaran di sekeliling, sekali gus memberi ruang petugas perubatan menyelamatkan nyawanya.

Sebaik sahaja perlawanan dibatalkan, pemain dan kakitangan kejurulatihan dari kedua-dua pasukan berdiri bersalaman ketika jurulatih Denmark, Brian Riemer, mengucapkan terima kasih kepada mereka semua atas tindakan hormat masing-masing.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Must Watch Video